Monday 27 March 2017

Cara cegah lemah tenaga batin

Masalah kesihatan antara punca berlaku lemah tenaga batin. Justeru itu, penjagaan kesihatan yang baik perlu dilakukan untuk mengelak masalah tenaga kelelakian. Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan yang melibatkan kelancaran perjalanan darah serta kekuatan fizikal banyak mengganggu lelaki untuk mengekalkan kuasa tenaga batin.

Sebab itu amat penting amalkan cara hidup yang sihat. Cuba elak melakukan perbuatan yang boleh merencatkan kesihatan. Banyakkan aktiviti riadah dan beri peluang badan mendapat rehat yang secukupnya. Selain itu kena juga kawal pemakanan. Jauhkan daripada mengambil sumber makanan yang mempunyai banyak lemak, manis dan masin.  

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat.

Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi.

Kepada lelaki yang mengalami masalah tenaga batin atau mati pucuk, jangan putus asa untuk kembali normal. Jangan takut untuk berusaha mengatasi atau mengubatinya. Jauhkan perasaan malu untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Jika dilakukan cara rawatan yang betul, masalah yang dialami dapat diatasi. Kembalilah kepada zaman muda anda. Jangan persiakan kehebatan lelaki yang dimiliki. 

No comments:

Post a Comment