Saturday, 11 November 2017

GST TELUS DAN SISTEMATIK


Pembangkang perlu ikhlas dalam soal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan jangan menipu rakyat kononnya GST patut dihapuskan tetapi dalam masa sama akan mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sudah lapuk.

Jika mansuhkan GST, bagaimana kerajaan dapat sumber pendapatan negara untuk pembangunan negara. Banyak peruntukan untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), subsidi barangan keperluan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya yang menggunakan hasil dari GST.

SST yang mahu diguna pakai pembangkang jika dapat memerintah negara mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.

Penggunaan kembali sistem SST bukan sahaja keterbelakang, malah akan membebankan rakyat secara tersembunyi.

Pemimpin yang kini bersama pembangkang sedar tentang kelemahan SST dan pernah mengakui GST lebih baik daripada SST kerana kepimpinan negara terdahulu yang mengesyorkan untuk menaik taraf cukai kepada sistem GST.

SST sistem lapuk dan tersembunyi yang telah ditamatkan oleh 160 buah negara di dunia.  Tidak ada satupun negara yang beralih kepada GST kembali mengamalkan SST kemudiannya. Ini membuktikan GST satu sistem yang terbukti baik dan diteruskan oleh negara yang beralih dari SST kepada GST.

Dalam sistem GST, pengguna dinyatakan jumlah cukai yang dikenakan dan jumlah itu tercatat secara jelas di dalam resit. Sedangkan dalam sistem SST, pengguna tidak mengetahui berapa cukai yang dikenakan terhadap mereka dan tidak mengetahui berapa jumlah cukai yang dikenakan kepada setiap urusniaga dilakukan.

Di bawah sistem SST adalah tidak perlu untuk penjual maklum jumlah cukai dalam resit. Jadi mereka boleh mengenakan cukai pada kadar yang tidak boleh dikawal penguat kuasa, dan rakyat juga tidak sedar mereka masih dicukai walaupun diberitahu GST dimansuhkan.

Sebaliknya, dengan GST di mana penjual perlu secara telus menyatakan jumlah kadarnya yakni enam peratus. Dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan lebih sistematik daripada SST.

GST diperkenalkan kerana ia lebih moden, telus dan mempunyai perundangan yang lengkap bagi mengelakkan penipuan dan diguna pakai oleh 160 buah negara di dunia, selain mempunyai cara perhitungan dan piawaian yang konsisten dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

No comments:

Post a Comment